Saturday, 19 November 2016

TEMPAT PENGINAPAN


TEMPAT PENGINAPAN MENARIK DI NEGERI SEMBILAN

Ikuti 3 resort percutian staycation yang menarik di Seremban ini:

1. The Dusun
The Dusun menawarkan udara segar, pemandangan hutan yang hijau, langit yang biru dan kicauan burung, cengkerik dan katak. Ia bermula sebagai rumah percutian keluarga Helen dan David dan 5 orang anaknya, dan apabila mereka menyedari rakan-rakan mereka juga menyukai tempat itu, mereka mula membangunkan tempat itu secara perlahan-lahan. Bermula dengan satu rumah (Tembusu House), kini mereka menawarkan 4 lagi rumah percutian untuk disewa iaitu Berembun House, Perling House, Emas House dan Sora House. 

2. Awan Mulan
Awanmulan adalah tempat persembunyian sempurna buat mereka yang sukakan suasana sunyi, diselang seli dengan bunyi alam semulajadi. Awanmulan terdiri daripada 7 buah rumah iaitu Teratak Bonda, Kesidang, Sunrise, Sasterawan, Evensong, Durian Runtuh dan Rahsiah.

3. The Shorea
The Shorea adalah gugusan 4 buah rumah yang terdiri daripada Villa Shorea, Villa Halia, Villa Bougainvillea dan Villa Kemboja. The Shorea dibina menghadap Hutan Simpan Berembun seluas 4000 ekar dengan ketinggian sebanyak 3900 kaki.

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK


AKTIVITI AKTIVITI YANG BOLEH DI JALANKAN DI NEGERI SEMBILAN



Pendakian Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan



Pertang Extreme ATV Riding (PEAR)


MEMANAH

MAKANAN MENARIK




















Mari Makan di Teluk Kemang

Di kawasan mari makan ni terdapat pelbagai jenis gerai makanan dan terdapat banyak jenis makanan yang kita boleh cuba. Tak sah rasanya kalau datang ke Teluk Kemang tapi tak singgah di kawasan ini untuk menjamu selera. Antara makanan yang terdapat di sini adalah cendol bakar, rojak mamak, sata dan keropok lekor, pisang goreng, soto, laksa dan banyak lagi pilihan makanan. Dan makanan yang paling sedap dan mendapat sambutan di sini adalah cendol bakar.

King's Char Kuey Teow


Lokasi makanan yang sedap di PD yang seterusnya ialah King's Char Kuey Teow. Nak tahu apa yang menariknya di kedai makan ini? Kedai ini menyediakan makanan berkonsepkan Penang Food dan juga Western Food. Jadi jika korang kaki char kuey teow boleh datang ke sini pasti korang berpuas hati.
Dengan harga yang berpatutan, sepinggan char kuey teow berharga RM6.50 tidak termasuk GST. Mungkin ada yang mengatakan mahal, tapi jika dilihat di dalam pinggan penuh dengan udang yang besar² aku percaya korang mesti lupa dengan harga RM6.50 tu. Selain daripada mereka juga menyediakan makan ala-ala western seperti set ikan bakar untuk dimakan bersama char kuey teow.
Lokasi kedai yang berhampiran dengan pantai pasti memukau sesiapa sahaja yang datag ke kedai King's Char Kuey Teow ini. Ini menjadikan ia tempat makan best di Port Dickson yang santai dan sempoi. Mari kita ke kedai makan seterusnya.
Alamat : Lot 402, Jalan Pantai Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan.

(Nasi Kukus Ayam Panggang, Cowboy Place lunch)


Untuk menjamu selera ketika makan tengah hari aku mencadangkan untuk makan di Nasi Kukus Ayam Panggang, Cowboy Place. Ayam panggangnya sentiasa di panaskan dan dibakar di atas bara api mengikut permintaan pengunjung kedai ini setiap hari. Pengunjung memang ramai yang makan tengah hari di sini. Kalau naik kereta dari jauh dah nampak kenderaan parking berhampiran kedai nasi kukus ayam panggang ini.Keunikan Cowboy Place ni adalah rekaan dalaman kedai tu sendiri yang menyerlahkan konsep koboi itu sendiri dengan lukisan orang koboinya, koboi memegang senapang, malah terdapat barangan koboi yang boleh kita sendiri cuba untuk tujuan bergambar. Ini salah satu daya tarikan kepada pengunjung untuk datang ke kedai ni dan menjadikan cowboy place tempat makan di Port Dickson memang best.
Harga untuk satu set nasi kukus dan ayam panggang ialah RM7 sepinggan. Rasanya cukup murah kalau dibandingkan makanan di Kuala Lumpur atau di bandar² besar yang jauh lebih mahal.
Alamat : Lot 1360, Jalan Pantai, Batu 6, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Restoran Kulit Kayu Manis



Jika anda singgah di Lukut untuk melawat tempat bersejarah ataupun jalan² biasa, jika perut anda sudah berasa lapar boleh la singgah di Restoran Kulit Kayu Manis. Lokasi restoran berada di kawasan Lukut. Restoran ini tidak la menyediakan makanan kulit kayu manis tetapi mereka menghidangkan makanan masakan melayu terutama masakan Negeri Sembilan yang terkenal dengan kepedasan makanannya.Jika korang memang suka makanan yang pedas² korang boleh datang ke sini dan merasai sendiri keenakan masakan Negeri Sembilan dan menikmati juadah makan tengah hati yangcukup menyelerakan. Menu yang di sediakan ialah ikan keli masak lemak cili padi, kerabu sayur, terung bakar dan ulam ulaman dan bnyak algi lauk yang menyelerakan.Dari segi kebersihan memang kedai ni bersih dan selasa untuk semua penghujung kedai ni. Dengan itu, Restoran Kulit Kayu manis ini telah menajdi salah satu tempat makan best di Port Dickson. Harga makanan juga berpatutan dan sesuai untuk membawa seisi keluarga datang ke kedai ini.
Alamat : Lukut No 1, Jalan Jasmin 1, Taman PD Jasmin, Batu 2 1/2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan.

(Ayam Bakar Station)


Jika kita ingin ke Teluk Kemang kita akan lalu jalan di kawasan Batu 11, Pasir Panjang. Di kawasan ini kita akan perasan terdapat satu kawasan ramai orang parking kereta di tepi jalan. Jika kita perhatikan terdapat satu kedai makan yang popular di PD ini yang dikenali sebagai Ayam Bakar Station.Apa yang menjadikan kedai makan ini menjadi tumpuan orang ramai? Mari kita lihat menu makanan yang di sediakan. Antara menu makanannya ialah nasi putih, sambal cili, sup ayam, tomato, timun, ayam madu bakar dan ayam bakar of course sebab nama kedianya pun kedai ayam bakar. Makanan yang di sediakan simple dan sangat cepat dihidangkan kepada para pelanggannya. Ayam bakar juga disediakan mengikut permintaan pelanggan so hidangan ayam bakarnya sentiasa panas.
Bukan setakat itu sahaja. Mereka juga menyediakan minuman yang sedap² yang menjadikan kedai mereka ini salah satu tempat makan best di Port Dickson. Antara air yang di sediakan ialah sirap, sarsi, tea o, jambu batu, asam masin da banyak lagi. Kalau terasa haus boleh tambah air sendiri kerana air dikira mengikut bilangan gelas yang kita minum. Harga segelas air di sini adalah RM1.50 sahaja.
Menurut pengusaha kedai Ayam Bakar Station ini terdapat juga menu sarapan pagi bermula pada jam 8 pagi. Jadi jika ingin bersarapan di sini juga boleh.
Alamat :Batu 11, Pasir Panjang, Teluk Kemang Port Diskson. Negeri Sembilan.
                                          ( SATE MINANG)
                     Depan Kedai No. 3, Jalan Dato Abdul Rahman, Pekan Seremban



Buat peminat Sate Minang, or those yang baru nak merasa Apakah rasanya macam Misz-ella, boleh la berkunjung ke Gerai No. 18 kepunyaan Rejab Bin Ripin ni. Dekat area Benteng Seremban atau lebih tepat lagi di Jalan Dato Abdul Rahman, Seremban. Gerai ni bukak di waktu malam sahaja.Sate Minang ni dibuat dari organ-organ dalaman. Means hati + limpa + paru dan macam-macam lagi. Dan dimakan dengan Kuah berlemak yang antara bahannya adalah kunyit, rempah ratus dan juga cekur. Dijual satu set = 6 cucuk RM5.00/set siap dengan Nasi Impit. Sesuai untuk mereka-mereka yang sukakan sesuatu yang lemak berkrim tapi sayangnya kurang kena pada selera Misz-ella. Kawan Misz-ella yang dua orang tu OK je. Dorang suka
.
( Bakso Port Dickson )


Kat sini pun ada jual Bakso. Mintak lah Bakso kosong macam kitorang dan kongsilah semangkuk bertiga. Best. Best. Sangat best bila makan berjemaah macam ni. Terasa sangat kasih sayang nya. Hehehe.


TEMPAT-TEMPAT MENARIK

Port Dickson:



(Pantai Teluk Kemang)

  Tarikan utama di port dickson ialah pantainya yang cantik, berpasir halus dan laut yang berombak kecil sesuai untuk mandi. Selain itu, kemudahan perkhidmatan pelancongan juga disediakan untuk pengunjung yang bercuti kesini.



(Rumah Api Tanjung Tuan dan Blue Lagoon)

  Pantai Blue Lagoon ini tidak ramai orang dan memang sesuai untuk dijadikan tempat rileks. Antara alternatif untuk anda berjalan-jalan jika anda ke Port Dickson. Anda boleh juga ke rumah api dan melihat pemandangan yang cantik dari atas. Anda perlu mendaki bukit lebih kurang 700 meter untuk melihat pemandangan yang cantik di Rumah Api Tanjung Tuan ini. Apapun, jika anda ke PD, jangan lepaskan peluang untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan ini.


(Muzium Tentera Darat Port Dickson)


Tahukah anda yang nama asal Port Dickson adalah Tanjung. Nama Port Dickson diambil sempena nama pegawai tingggi British, Sir John Frederick Dickson yang bertugas di Negeri-negeri Selat pada akhir abad ke-19. Ada sesetengah orang Cina dan India menamakan tempat itu Arang atau Alang.Satu tempat yang perlu dilawati adalah Muzium Tentera Darat. Untuk pengetahuan semua, Bandar Port Dickson kini dikenali sebagai Bandar Tentera Darat.

(Laluan Burung)
Lokasi Tanjung Tuan yang strategik menjadi tempat laluan singahan burung pada musim penghijrahan burung. Ia telah menjadi lokasi penting untuk persinggahan burung-burung yang berhijrah dari Benua Asia hingga ke kepulauan Indonesia.Antara spesis burung yang anda berpeluang untuk lihat jika bernasib baik adalah Burung Lang Baza Hitam, Burung Helang Kepala Kelabu, Burung Lang Sewah Cina, Burung Helang Lebah, dan Burung Lang Sewah Jepun.


(Istana Ampang Tinggi)

Bangunan Istana Ampang Tinggi ini terletak di Kompleks Taman Seni Budaya, Seremban Pada sekitar tahun 1865 dan 1870, di atas sebuah permatang padi di Ampang Tinggi, Kuala Pilah, bangunan ini telah dibina oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-5 iaitu Yamtuan Imam . Keluasan istana ini adalah 23.5 kaki lebar dan 66.5 kaki panjang.

Thursday, 17 November 2016

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN:PANTAI PORTDICKSON

SYARIKAT PELANCONGAN PERINDUSTRIAN MENAWARKAN BERBAGAI PAKEJ PELANCONGAN KE PANTAI PORTDICKSON(3HARI2MALAM)

EMAIL:PELANCONGANPERINDUSTRIAN@GMAIL.COM

SILA HUBUNGI :016-3546497

PELBAGAI TEMPAT-TEMPAT DAN AKTIVITI-AKTIVITI KAMI SEDIAKAN UNTUK TUAN,PUAN

Hasil carian imej untuk syarikat pelancongan

PETA PELANCONGAN PORT DICKSON

Hasil carian imej untuk peta porkdicson