(Pantai Teluk Kemang)
Tarikan utama di port dickson ialah pantainya yang cantik, berpasir halus dan laut yang berombak kecil sesuai untuk mandi. Selain itu, kemudahan perkhidmatan pelancongan juga disediakan untuk pengunjung yang bercuti kesini.
(Rumah Api Tanjung Tuan dan Blue Lagoon)
Pantai Blue Lagoon ini tidak ramai orang dan memang sesuai untuk dijadikan tempat rileks. Antara alternatif untuk anda berjalan-jalan jika anda ke Port Dickson. Anda boleh juga ke rumah api dan melihat pemandangan yang cantik dari atas. Anda perlu mendaki bukit lebih kurang 700 meter untuk melihat pemandangan yang cantik di Rumah Api Tanjung Tuan ini. Apapun, jika anda ke PD, jangan lepaskan peluang untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan ini.
(Muzium Tentera Darat Port Dickson)
Tahukah anda yang nama asal Port Dickson adalah Tanjung. Nama Port Dickson diambil sempena nama pegawai tingggi British, Sir John Frederick Dickson yang bertugas di Negeri-negeri Selat pada akhir abad ke-19. Ada sesetengah orang Cina dan India menamakan tempat itu Arang atau Alang.Satu tempat yang perlu dilawati adalah Muzium Tentera Darat. Untuk pengetahuan semua, Bandar Port Dickson kini dikenali sebagai Bandar Tentera Darat.
(Laluan Burung)
Lokasi Tanjung Tuan yang strategik menjadi tempat laluan singahan burung pada musim penghijrahan burung. Ia telah menjadi lokasi penting untuk persinggahan burung-burung yang berhijrah dari Benua Asia hingga ke kepulauan Indonesia.Antara spesis burung yang anda berpeluang untuk lihat jika bernasib baik adalah Burung Lang Baza Hitam, Burung Helang Kepala Kelabu, Burung Lang Sewah Cina, Burung Helang Lebah, dan Burung Lang Sewah Jepun.
(Istana Ampang Tinggi)
Bangunan Istana Ampang Tinggi ini terletak di Kompleks Taman Seni Budaya, Seremban Pada sekitar tahun 1865 dan 1870, di atas sebuah permatang padi di Ampang Tinggi, Kuala Pilah, bangunan ini telah dibina oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-5 iaitu Yamtuan Imam . Keluasan istana ini adalah 23.5 kaki lebar dan 66.5 kaki panjang.




No comments:
Post a Comment